Steven Gerrard Kini Bersara

Semalam, bekas pemain Liverpool dan kapten England, Steven Gerrard mengumumkan persaraannya daripada kerjaya bola sepak profesional.

1-steven-bersara

Beliau membuat pengumuman tersebut pada usia 36 tahun. Beliau menghabiskan masa selama 17 tahun beraksi bersama kelab tempat kelahirannya, Liverpool dan dipilih sebanyak 12 kali sebagai kapten.

Beliau berkata “saya melalui tempoh kerjaya yang menakjubkan dan berterima kasih di atas setiap memori sepanjang bersama Liverpool, England dan LA Galaxy,”

Fakta menarik kejuaraan yang pernah beliau perolehi :

  1. Piala FA (2 kali)
  2. Piala Liga (3 kali)
  3. Piala UEFA (1 kali)
  4. Piala Super EUFA (1 kali)
  5. Piala Perisai Komuniti (1 kali)

Secara keseluruhannya, dia membuat 710 penampilan bersama Liverpool – ketiga tertinggi di belakang Ian Callaghan dan bekas rakan sepasukan, Jamie Carragher termasuk menjaringkan 186 gol. Tahniah Gerrad.

Selain itu beliau turut membantu England pada kempen :

  1. Piala Dunia 2010
  2. Euro 2012
  3. Piala Dunia 2014

Para peminat bolasepak mendoakan agar beliau berjaya dalam segala bidang yang diceburi selepas ini.

Terima kasih Steven Gerrad..!!

2-steven-bersara 3-steven-bersara 4-steven-bersara

 

Kongsi pendapat anda