Sufi AF2015 ‘ciplak’ menu Masterchef Dato’ Fazley?

Sufi AF 2015 atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid yang berasal dari Singapura telah membuka sebuah restoran yang diberi nama Restoran De’ Tulang Merah. Kelihatan di instagram beliau, pembukaan restoran yang dihadiri oleh beberapa media.

Detulangmerah sufi af

Namun begitu, ramai netizen yang tertanya-tanya menu yang terdapat di dalam restoran tersebut.

Pasta daging salai lemak cili api!

dan juga Pasta sambal minang!

Memang meletop kalau mendengar menu ni, tapi hiasan dan pinggan pun sama. poached egg pun sama letak atas. Wow! Ciplak!

Detulang ciplak

detulangmerah

Peminat pasta selebriti sudah pasti teringatkan menu yang diperkenalkan dan dibawa oleh Masterchef Dato Fazley Yaakob yang mempunyai Suka Sucre Bistro, terletak di Taman Pertama, Cheras. Pasta daging salai lemak cili api yang menjadi menu yang terkenal sekian lama kini di’ciplak’ oleh Sufi AF2015.

Mungkin penyanyi indie Singapura ini belum ada idea untuk menu restoran sendiri. Apa yang diperkatakan netizen dan media adalah tentang keaslian menu tersebut. Dato Fazley Yaakob telah lama menghidangkan menu istimewa ini tetapi Sufi Rashid mengambil langkah ekspress dengan menghidangkannya di restoran beliau.

Pasta daging salai lemak fazley

Mungkin resipi yang diolah tidak sama dengan menu di Suka Sucre Bistro?

Ciplak atau belajar memasak dari yang pakar? =)

Kongsi pendapat anda