Sukan Ekstrim : Aksi Berani Mati Penerjun Bebas Warga Rusia, Stanislav Aksenov

DENGAN kulit yang meregang kerana tarikan berat badan sendiri, penerjun warga Rusia, Stanislav Aksenov melompat dari tebing yang tinggi dengan payung terjung dicangkuk di belakang badannya.

Stanislav Aksenov memberitahu, kerana minatnya terhadap terjun bebas dan bertindik, dia melakukan aksi berkenaan pada ketinggian hampir 400 meter di lembah Lauterbrunnen yang terletak di Bern, Switzerland.

Aksi ekstrim Stanislav Aksenov sukan payung terjun

Aksi ekstrim penerjun bebas Stanislav Aksenov hasil gabungan minatnya terhadap terjunan bebas dan bertindik

Video yang dirakam­nya dan dimuatnaik ke internet menunjukkan dia melakukan terjunan bebas selepas menarik beg payung terjun yang diletakkan di hujung tebing. Tidak lama kemudian, video berkenaan menunjukkan kulit Aksenov meregang kerana beban badannya ketika berlegar di ruang udara.

Selepas daging di badannya kelihatan seolah-olah terkoyak, dia mendarat dengan selamat di padang berhampiran Switzerland di mana antara negara yang tidak mengharamkan terjun bebas dan menjadikan negara yang mempunyai banyak gunung itu tarikan penggemar sukan ekstrim seluruh dunia.

Menurut rekod, lebih 30 orang mati ketika melakukan aksi terjunan bebas di negara itu sejak 13 tahun lalu.

Kongsi pendapat anda