Sultan Selangor : Khalid kekal MB Selangor

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata Sultan Selangor memberi perkenan supaya beliau kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat daripada PKR.

Beliau mengumumkan demikian selepas mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di Klang pagi ini. Beliau berkata Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasan beliau bahawa dia masih memegang majoriti di Dewan Undangan Negeri.

khalid ibrahim

Khalid berkata beliau telah menjelaskan kedudukannya selepas mesyuarat dua jam dengan majlis dan Sultan Selangor Sultan di Istana Alam Shah, Klang. Mengenai kedudukannya sebagai MB Selangor, beliau menyatakan artikel 53 (2) (b) Undang-undang tubuh Negeri Selangor menyatakan Selangor hanya memerlukan minima empat orang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau exco.

Kenyataan penuh Khalid Ibrahim

Saya telah menghadap DYMM Sultan Selangor hari ini pada 11 Ogos 2014, 9 pagi di Istana Alam Shah Klang untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pemecatan saya sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam pertemuan tersebut, saya telah sembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa saya telah dipecat daripada PKR pada 9 Ogos 2014 oleh Lembaga Disiplin PKR. Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri. Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Kongsi pendapat anda