Sultan Selangor salahkan Pakatan kerana singkirkan Khalid Ibrahim

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan kebuntuan berhubungan isu menteri besar Selangor yang dimulakan oleh ‘Langkah Kajang’ yang diilhamkan PKR untuk menyingkirkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur Pakatan Rakyat (PR) kerana mencetuskan kebuntuan menteri besar Selangor dan menegaskan tugasnya sebagai pemerintah negeri bukan sekadar satu istiadat kerasmian, mempertahankan peranannya melantik Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar yang baharu.

Azmin Ali Angkat Sumpah

Sultan Selangor bertitah, baginda tidak gembira apabila timbul pelbagai hasutan dan tohmahan memburukkan Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatannya sehingga tidak menghormati bulan puasa. –

“Ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya akan datang. Tetapi kedudukan beta sebagai Sultan yang memerintah negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta.” Sultan Sharafuddin Idris Shah

Katanya, baginda kecewa dengan sikap segelintir ahli politik yang sengaja tidak faham peranan dan kuasa institusi raja kerana mereka ada agenda tersembunyi.

Kepada YB Azmin Ali, selamat berkhidmat dan mengemudi Negeri Selangor Darul Ehsan..

Kongsi pendapat anda