Sungai Whanganui – Sungai Berstatus Manusia

sungai-whanganui

Sungai Whanganui, sungai ketiga terpanjang di New Zealand, telah mendapat status rasmi sebagai ‘seorang manusia’ pada 15 Mac 2017.

Menjadi satu-satunya sungai di dunia yang mendapat status tersebut, Te Awa Tupua – nama yang orang Maori (penduduk tempatan New Zealand) gunakan untuk memanggil sungai berkenaan – berhak mendapat suara dan kuasa prosiding mahkamah seperti manusia biasa, dengan diwakilkan oleh 2 orang.

2 orang yang menjadi wakil itu terdiri daripada seorang komuniti Maori dan seorang lagi wakil yang dilantik kerajaan.

orang-maori

Chris Finlayson, menteri kabinet yang bertanggungjawab di dalam perundingan yang bermula sejak tahun 1840 itu mengulas, “Ia tiada beza daripada amanah keluarga, syarikat, atau pertubuhan yang ditubuhkan.”

Bagi orang Maori, terutama Puak Iwi, mereka menganggap sungai bukan sahaja sebagai satu sumber kegunaan umum, malah mereka merasakan hubungan yang lebih kuat dari itu dengan kewujudan sungai itu sendiri.

Kerana itu, satu pepatah di kalangan puak tersebut menjadi sangat terkenal.

“Aku adalah sungai, dan sungai adalah aku.”

bukit-sungai-whanganui

Sungai Whanganui yang mengalir dari pusat North Island sehingga hujungnya bertemu Laut Tasman mempunyai kepanjangan 290km.

Kongsi pendapat anda