“Supermoon” Terbesar Dalam 70 Tahun Malam Ini

Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena supermoon pada malam ini 14 November 2016.

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena Supermoon kali ini merupakan yang terbesar pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas. Lama kan?

supermoon-2016

Tarikh berlakunya fenomena Supermoon

  1. 6 Mei 2012
  2. 23 Jun 2013
  3. 10 Ogos 2014
  4. 28 September 2015

Menurut Angkasa lagi kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku pada 18 tahun akan datang. Berkemungkinan pada 2034.

Fenomena ini dijangka akan berlaku sekitar jam 7:24 malam dan frasa penuh akan berlaku jam 9:54 malam.

Jadi, pastikan anda semua sudah mempunyai port yang jelas untuk melihat supermoon hari ini dan bersedia dengan kamera untuk mengambil foto bulan yang cantik.

Kongsi pendapat anda