Suwaibah rancang takluk 30 menara dengan tajaan AHB

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59, pelari jarak jauh solo negara, Suwaibah Nasir, hari ini memulakan misi kemanusiaan untuk menawan 30 menara tertinggi di dunia.

Mengikut jadual, Suwaibah, 43, memulakan pendakian Menara Avala setinggi 205 meter di Belgrade, Serbia pukul 10 pagi waktu tempatan (pukul 4 petang waktu Malaysia).

Penaung misi kemanusiaan itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Acara dimulakan dengan larian sejauh 2.5 kilometer diiringi oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Belgrade, Nik Ady Arman Nik Mohd Kamil,” kata Suwaibah dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama melalui aplikasi Whatsaapp selepas menamatkan pendakian yang mengambil masa 5.05 minit.

Sementara itu, Nik Ady Arman berkata acara larian itu yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan adalah sebagai simbolik kepada Misi Kemanusiaan yang akan dilaksanakan Suwaibah.

“Ia juga memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Serbia,” katanya.

Acara itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Persatuan Sukan Republik Serbia, Dane Korica serta kakitangan Kedutaan Malaysia.

Suwaibah juga dijadual mengadakan lawatan ke Kem pelarian Syria di Belgrade pada 2 Sept.
Menurut Suwaibah sebagai persiapan untuk cabaran itu, beliau tiba di Belgrade awal, kira-kira dua minggu sebelum tarikh pendakian bagi tujuan penyesuaian diri dan latihan.
Perancangan awal misi menawan 30 menara tertinggi di dunia itu sepatutnya bermula dengan pendakian Burj Khalifah di Dubai pada Julai lepas, bagaimanapun misi itu terpaksa ditukar memandangkan keadaan suhu di sana yang mencecah 50 darjah Celsius

Kongsi pendapat anda