Syabas dan Tahniah Kepada Graduan

Assalamualaikum dan salam ceria.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di institusi masing-masing.

Seronoknya konvokesyen siap ada salji

Tahniah juga diucapkan kepada semua para graduan di atas berkat daya usaha, kegigihan dan kesabaran sepanjang mengharungi pengajian masing-masing.

Tidak ketinggalan ucapan tahniah dan terima kasih juga kepada ibu bapa dan ahli keluarga di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan kepada anak-anak ini sehingga mereka berjaya melakar sejarah peribadi ini dalam hidup mereka.

konvo-2

Tidak lupa juga kepada semua barisan pensyarah, pembimbing dan pendidik yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam mencurah ilmu dan mendidik para graduan sehingga berjaya.

Pesanan buat teman-teman yang baru bergraduan, pengajian hidup secara praktikal kini bermula. Anda bukan lagi pelajar atau mahasiswa. Selamat datang ke dunia realiti yang penuh emosi dan memerlukan profesionalisme di tahap tertinggi.

konvo-3

Gunakan ilmu yang ada sebaik mungkin. Bangunkan ilmu yang ada dengan pengalaman yang bakal anda alami. Kenangkan dan hargailah segala jasa pendidik anda, ingatilah sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh keluarga dan hargailah segala kesungguhan anda sepanjang pengajian.

Pendek kata, bergelar graduan disusuli dengan pikulan tanggungjawab yang semakin banyak. Satu tanggungjawab di kampus dilepaskan, sepuluh tanggungjawab yang menanti diluar. Tanggungan keluarga turut tersenarai dalam barisan amanah yang wajib dipikul. Bukan itu sahaja, tanggungjawab terhadap masyarakat turut dipikul. Jiwa yang kental dan kesabaran yang tinggi sangat diperlukan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan. Salam bergraduat.

konvo-dengan-anak-buah

keluarga-tercinta-2

 

 

 

Kongsi pendapat anda