Tabung Haji nafi tuduhan terlibat pengubahan wang haram

Rujukan dibuat kepada tuduhan atas talian yang tidak berasas oleh seorang pengamal media sosial tentang penglibatan Lembaga Tabung Haji (THP) di dalam kegiatan pengubahan wang haram milik Putera Al Waleed bin Talal.

Tuduhan itu dipercayai berdasarkan sebuah laporan dari “Australian Financial Review” pada bulan Mac 2017 berkenaan Crestmount Capital, sebuah dana dari Timur Tengah yang dikendalikan oleh Putera Khaled, anak Putera Al Waleed bin Talal. Dana ini dikatakan telah membuat pelaburan sejumlah AUD100 juta ke dalam Piety Investments, sebuah syarikat pemaju hartanah di Sydney.

TH Properties Sdn Bhd (THP), sebuah syarikat pembangunan hartanah milik penuh TH mempunyai beberapa pelaburan dengan Piety Grouo dalam projek pembangunan kediaman di Sydney. Kesemua pelaburan THP dibuat secara langsung dengan menggunakan dana dalaman syarikat. THP tidak pernah memohon atau memperolehi dana atau sumbangan daripada Crestmount Capital mahupun mana-mana pelabur asing.

THP telah mendapat semua kelulusan pihak berkuasa di Malaysia dan Australina untuk projek-projeknya di Sydney.

Prince Al-Waleed bin Talal

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggung jawab kepada pendepositnya, kumpulan TH memandang serius tuduhan palsu yang boleh membawa kesan buruk kepada reputasinya serta bakal menimbulkan kerisauan di kalangan pendeposit.

Kumpulan TH sentiasa berusaha memastikan bisnes serta pelaburan dilaksanakan dengan berkesan, selaras dengan prinsip-prinsip Islam. Keutamaan sentiasa diberi kepada tadbir urus koprat serta amalan perniagaan terbaik, dengan memberi tumpuan kepada intergriti, ketelusan dan akauntabiliti.

Kongsi pendapat anda