Tahniah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Eizlan, Datuk Adi Putra

PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, pagi tadi.

Beliau antara empat selebriti yang menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Selain beliau Datuk Eizlan Yusof, 45 dan Datuk Maria Menado turut menerima gelaran sama.

“Saya bersyukur dengan penganugerahan ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada saya selama ini,” kata Eizlan.

Pada majlis itu, Eizlan diiringi kakak sulungnya, Nora dan sahabat, Fairul Azman.

Selebriti lain yang turut menerima anugerah adalah pelakon asal Singapura, Adi Putra yang menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dan pereka fesyen, Jovian Mandangie yang dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.

Mereka antara 50 penerima yang dipilih untuk menerima anugerah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, hari ini.

Majlis penganugerahan itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

sumber : hmetro.com

 

Kongsi pendapat anda