Tahniah Kepada Calon UPSR

Syabas dan tahniah tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR di seluruh negara. Hari ini merupakan detik paling manis apabila seramai 4,896 calon mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

upsr-2016

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof ketika mengumumkan keputusan penuh calon UPSR 2016

Selain itu Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, “pencapaian calon tahun ini berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu tanpa membuat perbandingan calon tahun lalu”.

Ada juga beberapa negeri yang memperoleh keputusan semua A seperti :

  1. Wilayah Persekutuan – 308 orang
  2. Selangor – 1,025 orang
  3. Kedah – 280 orang
  4. Pahang – 296 orang
  5. Negeri Sembilan – 247 orang

Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua. Semoga adik-adik terus cemerlang dalam apa jua bidang.

Kelihatan ceria calon yang mendapat keputusan cemerlang

Kelihatan ceria calon yang mendapat keputusan cemerlang

keputusan-upsr

Kongsi pendapat anda