Tahniah Ronaldo

Tahniah diucapkan kepada penyerang kelab Real Madrid, Christiano Ronaldo kerana meraih anugerah Alfredo di Stefano.

Cristiano Ronaldo memenangi anugerah Alfredo di Stefano selaku pemain terbaik La Liga bagi musim 2015-16 dan lebih manis beliau memperoleh trofi itu pada hari sama menandatangani kontrak baharu selama 5 tahun bernilai STG365,000 (RM1.905 juta) seminggu bersama Real Madrid.

christiano ronaldo

Jelas beliau “Hari ini adalah hari yang sangat istimewa dengan pembaharuan kontrak saya dan anugerah daripada Marca. Apa lagi yang saya harapkan? Tambahnya lagi “Saya sangat gembira. Ini memberikan saya motivasi untuk terus bekerja keras dan menjadi lebih baik dalam beberapa tahun akan datang.”

Tahniah sekali lagi kepada Christiano Ronaldo -CR 7-

Kongsi pendapat anda