Takziah kepada Raja Thailand – Raja Bhumibol Adulyadej

Assalamualaikum & Salam Ceria

Hari ini dunia digemparkan dengan berita kemangkatan Raja Thailand – Raja Bhumibol Adulyadej yang berusia 88 tahun. Berita ini tentunya mengejutkan seluruh rakyat di negara Thailand sekarang ini dan seluruh dunia amnya.

raja-thailand

Raja Bhumibol Adulyadej merupakan seorang Raja yang paling lama bertakhta (70 tahun pemerintahan) dan juga merupakan pemerintahan paling lama di dunia. Raja Bhumibol Adulyadej meninggal dunia di Hospital Siriraj, Bangkok pada Khamis 14 Oktober 2016.

Berita kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej ini juga turut mendapat liputan meluas daripada seluruh dunia seperti Malaysia, Amerika, Indonesia, Korea Selatan dan juga negara lain.

161013160941_family_tree

Terkini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, hari ini.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah yang ikhlas dan mendalam kepada Keluarga Diraja, Kerajaan, dan rakyat Thailand atas kemangkatan baginda Raja Bhumibol Adulyadej. Raja Bhumibol menjadi lambang tertinggi perpaduan dan sumbangan baginda kepada Thailand dan seluruh rantau ini, adalah melangkaui kata-kata. Kami bersama-sama dengan rakyat Thailand berkabung atas kemangkatan baginda,” – kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

untitled

Tidak ketinggalan juga hari ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut memberi penghormatan terakhir selama 1 minit.

Dalam pada itu, rakyat negara Thailand tidak putus-putus berdoa agar Raja Bhumibol Adulyadej mendapat kesejahteraan di “sana”.

pbb

Fakta tentang Raja Bhumibol:

  1. Nama Penuh : Bhumibol Adulyade
  2. Bagi dilahirkan pada tahun 1927
  3. Menaiki takhta sejak 1946 – 2016 (70 tahun)
  4. Baginda dilahirkan di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat ketika ayahandanya, Putera Mahidol Adulyadej melanjutkan pengajian di sana.
  5. Raja Bhumibol melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang dan sains politik di Ecole Nouvelle de la Suisse Romande di Lausanne, Switzerland sebagai persiapan untuk memerintah Thailand.
  6. Bagida memiliki kekayaan bernilai AS$30 bilion dan merupakan antara kerabat diraja terkaya di dunia.
  7. Baginda berkahwin dengan Permaisuri Sirikit Kitiyakara dan dikurniakan empat cahaya mata, termasuk Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang dilahirkan pada 1952.
  8. Raja Bhumibol memainkan peranan penting dalam peralihan Thailand kepada sistem demokrasi setelah insiden rampasan kuasa pada 1991, di mana Thailand kembali kepada sistem pemerintahan tentera.
  9. Oleh kerana itu, baginda turut disifatkan sebagai tokoh yang menyatukan rakyat di negara itu yang sebelum ini berpecah akibat perbezaan fahaman politik.
  10. Ketika keadaan baginda dilapor kritikal, rakyat Thailand terus berkumpul di luar Hospital Siriraj di Bangkok untuk mendoakan kesihatannya. Ramai berpakaian warna kuning, warna yang sinonim dengan baginda sebagai tanda sokongan, kesetiaan dan kasih sayang kepada institusi diraja.

thai-1 thai-2

Apa yang akan terjadi selepas ini

Jenazah Raja Bhumibol akan dibawa dari Siriraj di Bangkok menuju Istana Agung untuk dimandikan. Besar kemungkinan ritual ini akan dilangsungkan hari ini Jumaat (14/10).

Kemudian jenazah Bhumibol Adulyade akan disemayamkan selama 100 hari. Pihak kerajaan juga telah menyatakan tempoh berkabung selama 1 tahun.

Anakanda baginda juga Putra Mahkota Maha Vajiralongkorn meminta waktu untuk dinobatkan sebagai raja, Baginda ingin berduka bersama rakyat Thailand lain sebagai tanda penghormatan terkakhir.

thai-3 thai-4

Kongsi pendapat anda