Tanggungjawab yang diabaikan

Alhamdulillah hari ini penulis hadir awal ke masjid kerana ingin bersiap untuk mendengar khutbah Jumaat dan solat fardhu Jumaat berjemaah. Sekitar jam 1:00 petang tadi seluruh muslimin telah memasuki perkarangan masjid sehinggakan tempat duduk tidak cukup dan akhirnya mereka terpaksa berdiri.

Ini adalah kerana khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib merupakan satu pesanan dan juga nasihat untuk diberitakan kepada masyarakat yang lain bagi kebaikan bersama. Jadi penulis akan berkongsi tentang beberapa isi pentang tentang tajuk khutbah Jumaat tadi.

647992-blurred-text-with-a-focus-on-responsibility

Melaksanakan tanggungjawab adalah lambang ketinggian peribadi dan asas agama yang mesti dimiliki oleh setiap insan. Sesungguhnya menunaikan tanggungjawab merupakan amanah yang menjadi asas dalam kehidupan dan juga sebagai lambang bagi diri setiap Muslim.

Amanah ini pula merupakan satu sisi yang lain yang mana ianya merupakan sesuatu yang berat untuk dipikul dan disempurnakan. Justeru itu, kita ini sebagai hamba kepada Allah s.w.t yang bersifat lemah dan serba kekurangan ini perlu memiliki iman yang kuat dan pertautan hati yang kukuh bagi menggalas amanah ini.

cus262greatresponsibility

Tetapi agak sedih kerana ada segelintir dalam kalangan kita yang menggunakan kedudukannya sebagai pemegang amanah hanya sekadar untuk meraih harta dunia, membina kekayaan dengan pelbagai cara seperti rasuah, menipu, menyeleweng dan lain-lain.

Hari demi hari berlalu dan kita merasakan banyak akibat telah mula timbul kerana amanah yang dipikul ini kita abaikan. Kehidupan kini telah mula hilang keberkatannya. Malahan keharmonian dan kedamaian yang dikecapi telah mula lenyap dan pergi, kesempitan dan tekanan hidup mula dirasai. Penyelewengan dan jenayah semakin berleluasa, maksiat dan gejala sosial semakin bermaharajalela. Apakah masih lagi wajar untuk kita berdiam diri?

4482930

Kita perlu bertindak dan bangkit dari mimpi ini. Kita perlu kembali memupuk iman dan membangunkan jati diri. Kita perlu saling bekerjasama dalam melaksanakan usaha murni ini. Selain itu, pergiatkan semula usaha untuk mengembalikan ajaran Islam yang sebenar. Setiap dari kita perlu memahami dan menghayati ajaran Islam agar tidak mudah jatuh ke lembah dosa dan kemungkaran.

Kita juga harus mula membudayakan berpesan-pesan dengan kebaikan. Seperti dalam surah Al-Asr. Para ulama juga harus menasihati pemimpin dan pemimpin perlu mendengar nasihat dan juga rintihan daripada rakyat. Guru juga memainkan peranan penting di mana mereka perlu terus menbentuk generasi muda ke arah kebaikan, membudayakan amanah dan kejujuran dalam kehidupan.

keep-calm-and-take-the-responsibility

Yakinlah kita akan senantiasa berada dalam kebaikan selagi mana budaya saling menasihati ini terus diamalkan dalam masyarakat.

Kongsi pendapat anda