Telesidang Sirul Azhar dari Australia

PAS akan mengadakan satu sesi telesidang selama 15 minit bersama bekas komando polis Sirul Azhar Umar yang berada di Australia pada Isnin ini, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu, dikatakan lari daripada hukuman gantung dan kini berada di Australia.

Gambar Terbaru Sirul Azhar

“Sirul mesti mendedahkan sekarang sama ada pengakuannya itu adalah benar atau sebaliknya”

Sirul akan berkomunikasi secara terus dengan media tempatan, bagaimanapun butiran terperinci mengenainya masih belum dimuktamadkan.

Tindakan itu susulan kesediaan Sirul untuk dikatakan ‘mendedahkan kesemuanya’ berhubung peranannya dalam kes Altantuya itu, menurut satu temubual melalui telefon yang diberikannya kepada portal berita Malaysiakini baru-baru ini.

Update :
Pembunuh Altantuya Shariibuu Sirul Azhar Umar yang dijadualkan mengadakan telesidang secara langsung bersama media Malaysia anjuran PAS jam 11.30 pagi ini tidak berjaya dihubungi apabila cubaan Datuk Mahfuz Omar menghubunginya beberapa kali gagal.

Kongsi pendapat anda