Tengku Amir Shah pulang ke istana

Assalamualaikum & Salam Ceria

Setelah tujuh hari baginda berkelana di luar Negeri Selangor pada Sabtu lalu (8 Oktober 2016), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah telah kembali semula ke Istana Alam Shah bagi menyempurnakan Istiadat Menjunjung Duli sempena Pemasyhuran Gelaran sebagai Raja Muda Selangor ke 7 yang mewarisi Takhta Kesultanan Selangor.

BACA : http://www.asamboi.my/tengku-amir-shah-dimasyhurkan-sebagai-raja-muda-selangor/

KLANG 15 OCTOBER 2016. Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah memasuki balairung seri untuk melakukan Istiadat Menjunjung Duli serta menyembahkan cenderamata kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah setelah meninggalkan Negeri Selangor selama tujuh hari selepas Pemasyhuran Gelaran di Majlis Istiadat Menjunjung Duli sempena Pemasyhuran Gelaran Tengku Amir Shah sebagai Raja Muda Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. NSTP/ROSLIN MAT TAHIR.

Tengku Amir Shah dilihat berangkat memasuki pekarangan Balairong Seri sambil menjunjung Keris Kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Selangor yang disaksikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, yang turut berangkat ke istiadat berkenaan.

aa-rms-1547-copy

Hadir bersama ialah Menteri Besar Negeri Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama barisan Exco serta orang kenamaan serta disaksikan kerabat-kerabat diraja yang lain.

Beliau menyatakan rasa kagum dengan keperibadian Raja Muda yang cekal menjalani latihan lasak ketenteraan di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, United Kingdom (UK) selain mencemar duli dengan mendampingi rakyat dalam pelbagai acara termasuk Ihya Ramadan baru-baru ini.

Mohamed Azmin juga menyatakan ikrar mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan kerana ia payung kestabilan dan kemakmuran Selangor untuk kekal sebagai negeri maju yang prihatin terhadap nasib rakyat.

raja-muda-selangor

Istiadat itu disusuli ucapan sembah kerabat oleh Tengku Indera Setia Selangor Tengku Ahmad Shah yang mewakili waris dan kerabat Diraja Selangor.

Tengku Ahmad Shah turut memuji dan berbangga di atas pencapaian Tengku Amir Shah.

Tengku Ahmad Shah turut berkeyakinan pengalaman, kebolehan dan dedikasi kepemimpinan yang dimiliki oleh Tengku Amir Shah memberi kekuatan untuk baginda menjalankan tugas sebagai Raja Muda.

Bacaan doa oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid sejurus Istiadat Menjunjung Duli selesai.

Selesai istiadat, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berangkat dari Balairong Seri bersama Raja Muda Selangor.

1ae347252c216c8744266e7d4e156329_l

Sekalian rakyat memohon ke hadrat Allah SWT semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor dikurniakan kesihatan, dipelihara keselamatan dan kesejahteraan yang berpanjangan supaya dapat terus memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan dengan segala kemuliaan.

Doa sekalian rakyat juga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT untuk Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan seterusnya kepada puteri – puteri dan adinda – adinda Tuanku, waris – waris serta kerabat DiRaja sekalian, semoga berada dalam keadaan kesejahteraan, dikurniakan taufik dan hidayah, serta senantiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Kongsi pendapat anda