Terapi.my – Urutan dan bekam terus ke rumah

14700869_10211101757765785_1480490566960418804_o

Assalamualaikum & Salam Ceria

Sebelum membaca artikel kali ini. Apa kata kalau kita imbas kembali 5-10 tahun sebelum ini.

Zaman dulu sekiranya ada orang nak pergi berurut pasti akan pergi mencari tempat berurut TETAPI sekarang tidak lagi. Sekarang ini tempat berurut datang kepada kita. Eh betul ke? Boleh Percaya ke? Baca dulu artikel di bawah.

Sebelum tu, zaman sekarang ini kan zaman teknologi, zaman internet yang mana segalanya mudah. Kan? Hanya cuma perlu klik itu klik ini sahaja. Betul tak? Tidak perlu susah-susah lagi macam dulu-dulu. Orang kata semuanya dihujung jari sahaja. Baca lagi.

terapi-1

Apa itu Terapi.my

Jadi yang mana tak percaya tu tadi baca sini ya. Terapi.my adalah satu perkhidmatan dari rumah ke rumah bagi tujuan mengurut dan berbekam. Ia juga membolehkan kita atau sesiapa sahaja di seluruh Malaysia mendapatkan perkhidmatan rawatan seperti berbekam, urutan badan dan refleksiologi.

Selain itu, anda jangan risau kerana semua juruterapi ini mendapat pentauliahan yang sah dan sijil pengiktirafan daripada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Perkhidmatan juruterapi

Bagi wanita pula apabila terlintas sahaja tentang tukang urut mesti yang bermain dibenak adalah sama ada lelaki atau perempuan. Betul tak? Ini juga satu perkara yang sangat dititikberatkan oleh Terapi.my.

Juruterapi yang akan hadir ke rumah adalah mengikut kepada jantina pelanggan sama ada lelaki atau wanita. Jadi kepada wanita di luar sana. Anda tidak perlu khuatir.

3-sebab-memilih-terapi-my_

Ikuti 4 langkah ini

Cara tempahan juga mudah. Hanya perlu ikut 4 langkah di bawah ini :

  1. Tempah rawatan melalui website Terapi.my atau aplikasi mobile (masukkan kod terapi1 untuk dapatkan diskaun 10%).
  2. Buat pembayaran secara online.
  3. Nantikan Juruterapi terus ke rumah anda.
  4. Juruterapi tiba dan terus dapatkan rawatan yang terbaik di rumah anda.

Sekiranya ada ingin mencuba perkhidmatan Terapi.my ini, boleh terus pergi ke laman utama mereka di http://terapi.my.

Selamat mencuba.

Kongsi pendapat anda