TH Belanja RM130 Juta Setahun

Lembaga Tabung Haji (TH) membelanjakan kira-kira RM130 juta setahun bagi menanggung perbelanjaan jemaah haji menunaikan Rukun Islam yang kelima itu setiap tahun.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ini kerana tambang keseluruhan untuk menunaikan haji ialah RM16,155 seorang.

Tabung haji

“Bagaimanapun para jemaah hanya membayar sebanyak RM9,980 sahaja manakala selebihnya baki sebanyak RM6,175 ditanggung oleh TH,”.

Di samping itu katanya, TH juga membelanjakan kira-kira RM3.6 juta setahun bagi mengadakan kursus haji di seluruh negara bagi membimbing bakal haji agar mereka benar-benar bersedia ketika berada di tanah suci.

Berhubung kuota haji ke tanah suci, Syed Saleh berkata oleh kerana keadaan di tanah suci Makkah ketika ini sedang dalam proses pembinaan dan pembesaran, kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan kuota haji bagi semua negara sebanyak 20 peratus.

Syed Saleh berkata, penerbangan pertama jemaah dari negara ini ialah pada 27 Ogos manakala penerbangan terakhir pada 27 Sept melibatkan 64 penerbangan kesemuanya.

Mengenai wabak penyakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV) dan Ebola, beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia dan Arab Saudi telah mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak wabak itu daripada dijangkiti jemaah.

 

Kongsi pendapat anda