Tidur Sebentar, Bangun Lebih Bahagia

Para saintis mendapati wujudnya pertalian antara tidur sebentar di siang hari dengan kebahagiaan dan kegembiraan seseorang.

Berikutan penemuan ini, mereka memberikan satu istilah iaitu, “napping“.

Ia diambil dari kata asal Bahasa Inggeris, nap, yang bererti tidur sebentar di waktu siang.
Konsep yang sama dengan terma ‘qailullah’ dari Bahasa Arab.

beruang-tidur-siang

Pakar Psikologi dari Universiti Hertfordshire, Profesor Richard Wiseman berkata, penyelidikan sebelum ini menunjukkan tidur siang kurang dari 30 minit boleh membuatkan seseorang lebih fokus dan kreatif.

“Penemuan terbaru ini menunjukkan kebarangkalian yang amat menarik, di mana kamu boleh menjadi lebih gembira dengan hanya tidur sebentar,” kata beliau lagi.

“Begitu juga, tidur yang panjang dikaitkan mampu memberikan risiko kepada kesihatan, dan ini sekali lagi, amat serasi dengan keputusan yang kami dapati.”

budak-gembira

Kajian sempena Festival Sains Internasional Edinburgh itu telah disertai oleh 1000 orang.

Skor Gembira diambil berdasarkan jawapan kepada soalan tinjauan psikologi atas talian.
Para peserta juga diminta memberikan maklumat tabiat tidur siang mereka.

Didapati, 2/3 daripada mereka yang tidur kurang dari 30 minit melaporkan mereka lebih gembira berbanding mereka yang tidur lebih lama, dan yang tidak tidur langsung.

Sebaliknya, kerap tidur siang dengan waktu berjam lamanya dikaitkan dengan 82 peratus kenaikan risiko sakit jantung.

kucing-tidur-ajak-ajak-ayam

Prof Wiseman berkata, “banyak syarikat terkemuka yang berjaya, seperti Google, menyediakan satu ruang yang didedikasikan kepada pekerjanya untuk tidur sebentar.”

 

Kongsi pendapat anda