Tiga Mayat Nahas Pesawat AirAsia QZ8501 Dijumpai

Lewat petang ini ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia menafikan laporan media yang menyebut 40 mayat telah ditemui setakat ini. Bercakap pada sidang media, Bambang Soelistyo berkata hanya dua mayat wanita dan satu mayat lelaki ditemui pasukan penyelamat.

Beberapa serpihan juga yang menyerupai luncur kecemasan, pintu pesawat dan objek lain telah dikesan semasa carian udara bagi menjejaki penerbangan AirAsia QZ8501 yang hilang.

Tiga mayat, bukan 40 telah ditemui

SAR AirAsia QZ8501

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia, Bambang Soelistyo juga mengumumkan hanya tiga mayat berjaya dikeluarkan setakat ini, bukannya 40 mayat seperti laporan awal.

“Hari ini kita berjaya mengeluarkan tiga mayat dan kini berada di atas kapal perang Bung Tomok,” Bambang Soelistyo

BASARNAS

Pesawat AirAsia QZ8501, dipercayai terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad, membawa tujuh anak kapal dan 155 penumpang termasuk 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

Mereka terdiri dari 155 warga Indonesia, tiga dari Korea Selatan dan masing-masing seorang dari Singapura, Malaysia, United Kingdom dan Perancis.

>> Senarai nama penumpang nahas Pesawat Air Asia QZ8501 <<<

Kongsi pendapat anda