Tiga orang kuat SPRM undur diri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan satu majlis perpisahan untuk Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan dua timbalannya petang ini.

Abu Kassim secara rasmi mengumumkan persaraannya selepas 32 tahun perkhidmatan.

SPRM 2016

Kain rentang yang diletakkan di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini juga mengesahkan khabar angin pemberhentian Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali.

Difahamkan Shukri juga telah bersara daripada perkhidmatan.

Mustafar, sementara itu, dipercayai ditawarkan jawatan baru sebagai ketua pengarah agensi persekutuan.

Paluan Berundur SPRM 2016Pada kira-kira 2.45 petang Mustafar dilihat meninggalkan bangunan SPRM.

Beliau sebelum ini dilaporkan memberitahu Astro Awani bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa jam 3 petang.

Update:
Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

sumber : MKini

Kongsi pendapat anda