Tingkap Tidak Berbucu

tingkap-pesawat

Tingkap kapal terbang memang sengaja dicipta tidak mempunyai penjuru.

Adakah anda perasan bahawa tingkap kapal terbang tidak mempunyai bucu?
Ia mungkin berbentuk bulat, bujur, atau kelihatan hampir menyerupai segi empat, tetapi ia tetap mempunyai satu ciri yang sama — tiada bucu atau penjuru.

Brian McManus, bekas Jurutera Reka Bentuk Komposit di KL yang berasal dari Ireland menerangkan jawapan di sebalik ciptaan ini.

Dengan pertambahan bilangan penumpang masa kini, banyak pesawat dibina dengan saiz yang lebih besar. Pesawat yang lebih besar perlu terbang ke atmosfera yang lebih tinggi untuk mendapatkan manfaat udara tipis di atas.

Udara tipis di altitud yang tinggi mengurangkan daya mundur (juga disebut sebagai drag) yang dipengaruhi oleh ketumpatan udara yang rendah  ke atas pesawat. Ini dapat mengurangkan penggunaan minyak. Tambahan, berada di atmosfera yang tinggi memberikan lebih keselasaan kerana kurangnya keadaan yang bergelora (turbulence).

Walaubagaimanapun, perubahan ketinggian ini memberikan tekanan yang lebih ke atas pesawat. Untuk survival berada di atas udara ini, para jurutera kapal terbang telah mencipta kabin bertekanan (pressurized cabin) dan mencipta badan pesawat berbentuk silinder untuk membolehkan pengagihan tekanan secara sama rata.

Menyentuh aspek pengagihan tekanan secara sama rata inilah membawa kepada sebab tingkap pesawat tidak mempunyai bucu. Jika bentuk empat segi digunakan untuk membuat tingkap pesawat, tekanan akan berkumpul di bahagian bucu segi ini. Ini mampu mengakibatkan kesan yang tragis.

Bukti kesan yang tragis ini telah terjadi ke atas tiga buah pesawat de Havilland Comet. De Havilland Comet merupakan Jet Komersial Pertama yang dikeluarkan pada tahun 1952. Kejadian tiga pesawat yang terhempas itu berlaku dalam tempoh hanya dua tahun dan ia diklasifikasikan sebagai kes berprofail tinggi. Setelah siasatan diljalankan, kejadian tersebut hanya disebabkan oleh bentuk tingkap!

de-havilland-comet

De Havilland Comet yang diperkenalkan pada tahun 1952 mempunyai tingkap berbentuk segi empat, dan ia merupakan satu kesilapan besar!

 

Tonton penerangan yang lebih lanjut dari Brian (dalam Bahasa Inggeris) di sini:

 

drag = daya mundur/ daya tarik ke belakang
turbulence
=
keadaan gelora/ tidak teratur
pressurized cabin 
=
kabin bertekanan/ ruang kabin pesawat yang ditutup kedap dan mempunyai daya tekanan di dalam ruang tersebut

Kongsi pendapat anda