Tips Menguruskan Nasi Mentah

sesudu-nasi-panas

Nasi, makanan ruji rakyat Malaysia.

Memasak nasi mungkin seperti satu kebiasaan dan perkara asas bagi sesetengah orang.

Mudahnya ibarat basuh, sukat, tenggek periuk, tinggalkan. Bila nak dihidang, buka saja periuk ajaib yang berjaya menukarkan beras kepada nasi itu.

Begitulah ringkasnya menggunakan kemudahan periuk nasi elektronik. Tetapi, bagaimana jika, pada suatu hari, periuk ajaib yang diharapkan itu tidak berjaya menukarkan keseluruhan beras menjadi nasi dengan jayanya?

Ya, ia rosak di pertengahan proses memasak nasi. Hanya berjaya menghasilkan nasi separuh masak, dalam erti kata lain, nasi mentah.

Ia menjadi mimpi ngeri terutama apabila ada tetamu yang datang untuk bersantap.

 

periuk-kukus

Antara jenis dan rupa periuk kukus.

TIPS MENGURUSKAN NASI MENTAH:

– Ah, kukus sahaja nasi mentah tersebut! Ini caranya;

  • Sediakan periuk kukus, didihkan air.
    Jika tiada periuk kukus, apa-apa alatan yang boleh menghasilkan efek kukusan juga boleh digunakan, seperti kuali berpenutup atau teknik ‘double-boiler’.
  • Pindahkan nasi mentah tadi ke dalam bekas yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam periuk kukus.
  • Biarkan dalam 10 minit.

 

nasi-putih

Nasi putih panas yang elok masaknya mampu membangkitkan selera.

CARA MENGENAL-PASTI NASI SUDAH CUKUP MASAK:

  • Apabila penutup periuk dibuka, wap asap berkepul-kepul keluar membebaskan diri. Jika wap yang keluar tidak banyak, tutup semula dan biarkan untuk beberapa ketika lagi.
  • Ambil sebutir-dua nasi dan picitkan. Jika ia hancur lembut, maknanya ia berjaya dimasak dengan empuknya.

 

Semoga tiada lagi kes sakit perut kerana makin nasi mentah seperti di dalam lagu kanak-kanak “Bangau Oh Bangau”.

Kongsi pendapat anda