Tips Solat Di Awal Waktu

Seringkali kita mengatakan solat itu tiang agama. Jika kita tidak menunaikan solat maka runtuhlah agama. Ini kerana solatlah perkara utama yang akan dihisab di akhirat nanti. Sebab itu solat ini sangat penting.

mudahnya-solat

Selain kita berbicara tentang kepentingan solat ada satu lagi pembalasan pahala yang sangat besar iaitu melaksanakan solat di awal waktu. Di sini saya senaraikan tips mudah untuk menunaikan solat di awal waktu. Ingat, menunaikan solat sahaja tidak cukup, tetapi menunaikan solat dengan betul dan sebaiknya pada awal waktu :

  1. Latih diri hentikan kerja tanpa sebarang alasan
  2. Jadikan waktu solat sebagai panduan temujanji
  3. Set “alarm” waktu solat
  4. Berkawan dengan orang yang tidak melewatkan solat
  5. Solat berjemaah

Ini diantara tips yang boleh kita gunakan sebagai latihan asas kepada diri kita menunaikan solat di awal waktu. Marilah sama-sama kita awasi selalu bagaimana dengan solat kita. Ini merupakan pengikat hubungan kita dengan Allah, yang menghidupkan kita.

Semoga bermanfaat.

Kongsi pendapat anda