Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tidak Lagi Terima Cek untuk Bayaran Bil

BERKUAT KUASA 1 Oktober depan, TENAGA Nasional Berhad (TNB) tidak lagi menerima cek pembayaran bil Telekom Malaysia, syarikat jabatan air negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di semua kaunter dan kios pembayarannya.

Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin memberitahu perkara itu dilaksanakan berikutan banyak kes penipuan cek yang berlaku.

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Bagaimanapun TNB masih lagi menerima pembayaran melalui cek untuk bil TNB dan pelanggan perlu menulis 14 digit nombor akaun TNB di belakang cek yang dipalang untuk bayaran kepada Tenaga Nasional Berhad. Pembayaran hanya akan sah selepas cek ditunaikan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pengguna dinasihatkan menghubungi pegawai khidmat pelanggan TNB di talian TNB Careline 1300 88 5454.
 

Kongsi pendapat anda