‘Top Imbi Gangster’ beri keterangan kepada Polis

Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Ah Hai’ yang dicari polis berhubung kes serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang, Khamis lepas, tampil memberi keterangan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata ‘Ah Hai’ hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada pukul 9 malam.

Ah Hai Gangster

“Kenyataannya (Ah Hai) direkodkan sehingga pukul 11.45 malam. Dia (Ah Hai) didapati tidak mengalami kecederaan,” – ACP Khairi Ahrasa

Terdahulu, Ah Hai yang dikenali sebagai ‘Top Imbi Gangster’ dicari polis kerana dipercayai menjadi sasaran utama suspek dalam kes letupan itu.

Setakat ini, percakapan saksi seramai 17 orang direkodkan dan pihak polis sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian. Dalam serangan bom tangan itu, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing.

Serangan dipercayai ada kaitan dengan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap.

Kongsi pendapat anda