Track Mack Kembara Mahkota Johor

Berikut adalah sekitar majlis upacara Perlepasan Kembara Mahkota Johor pada 14hb Mei 2016 yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Program lawatan ke daerah-daerah di negeri Johor Darul Ta’zim ini adalah sebahagian usaha dalam menyempurnakan objektif merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor.

Trak Mack

Kembara Mahkota Johor

Trak Mack JDT

Kembara Mahkota Johor kali ini yang merupakan edisi ke-19, menggunakan Mack Truck yang diketuai sendiri oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Turut mengiringi baginda ke majlis ini adalah DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, YAM Tunku Idris, YAM Tunku Abdul Rahman dan YAM Tunku Abu Bakar.

Kembara Mahkota Johor 2016

Aktiviti tahunan bersama rakyat ini dilakukan oleh Keluarga Diraja demi rakyat Johor.

Sumber : FB JDT

Kongsi pendapat anda