Transgender : Mufti pertikai keputusan tidak berasaskan Islam

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan tiga lelaki transgender untuk berpakaian dan berperlakuan seperti wanita, menyifatkan keputusan itu tidak berasaskan ajaran agama Islam.

Para pemohon, Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Kay Yusof Wan Ismail yang merupakan wanita transgender ditangkap beberapa kali kerana melanggar enakmen negeri.

“Saya berdiri diatas Mahkamah Syariah Negeri. Undang-undang yang digubal menjunjung tinggi agama Islam melebihi segala-galanya. Jadi undang-undang di negeri ini digubal berasaskan agama Islam, al-Quran dan hadis.” Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad

Lelaki Transgender

Manakala Mufti Perak berkata walaupun kebebasan dijamin dalam Perlembagaan, tetapi tidak sampai melanggar hukum yang wujud dalam agama. Islam jelas melarang lelaki berpakaian seperti wanita atau perlakuan sebaliknya kerana tingkah laku sedemikian akan mengundang kemurkaan Allah.

“Ia bertentangan dengan agama. Ini negara Islam, salahlah mereka sebab ia berkaitan akhlak. Dalam Islam, nabi katakan ‘dilaknat Allah orang lelaki memakai pakaian perempuan atau perempuan berpakaian lelaki.’ Ini hukum Allah. Tidak boleh dari segi akhlak kerana Islam agama bagi negara ini. (Kita sudah) ada hukum agama, tiba-tiba tidak sah macam mana?” Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria

Mereka akhirnya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan tidak berperlembagaan sebuah fatwa syariah yang melarang lelaki daripada “memakai pakaian perempuan” atau “menyamar sebagai seorang wanita” di Negeri Sembilan.

Asamboi : Geleng kepala apabila mereka mereka membuat rayuan untuk kes ini.

Kongsi pendapat anda