TUDM terima pesawat baru A4000m

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima sebuah lagi pesawat Airbus A4000m  di Pangkalan Udara TUDM Subang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pesawat pertama diterima Mac tahun lalu dan dua pesawat sama akan diterima secara berperingkat pada April dan November tahun ini. Pada masa sama, hangar baru turut diserahkan kepada TUDM bagi menempatkan empat pesawat terbabit.

Airbus A4000m

saiz Airbus A4000m

Kemasukan pesawat ini sekurang-kurangnya dapat membantu menjalankan enam fungsi pengangkutan udara. Antaranya tugasan itu ialah Pemindahan Perubatan (Medevac) serta Operasi Bantuan Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana (HADR).

Kongsi pendapat anda