Tun Dr Mahathir tolak TPPA

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melancarkan buku bertajuk “TTPA : Malaysia is not for sale” di kompleks Karangkraf telah menolak TPPA 100%. Selain melancarkan buku yang diterbitkan oleh MTEM, Dr Mahathir juga berbuka puasa bersama 500 jemputan.

gambar Dr Mahathir

Dr Mahathir juga mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ingin menandatangi Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Dr Mahathir berasa pelik kerana rundingan dibuat secara rahsia seperti Kerajaan merahsiakan sesuatu dari rakyat. Pembangkang sudah lama menentang TPPA begitu juga berbagai NGO yang tidak bersetuju dengan TPPA.

Dr Mahathir juga berkata jika seseorang pemimpin itu kuat, dia perlu menolak perjanjian TPPA kerana ia tidak memberi manafaat dan tidak menjaga kepentingan rakyat.

Kongsi pendapat anda