Tun Dr. Siti Hasmah sudah berhijrah

Secara peribadi Asamboi sudah banyak kali perjumpa dengan Tun Dr. Siti Hasmah isteri kepada Tun Dr. Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia. Kedua dua Ayahanda TUN dan Bonda memiliki nilai keperibadian yang tinggi, akhlak yang boleh dicontohi oleh pemuda dan pemudi sekarang.

Setiap kali aku berjumpa dengan Tun Dr. Siti Hasmah atau terlihat wajahnya tersiar di media pasti aku berdoa semuga ALLAH beri hidayah untuk beliau berhijrah. Kekadang tak sanggup mendengar orang sebaik ini dikutuk oleh musuh politik suami dan anak-anak beliau.

Alhamdulillah baru-baru ini aku terjumpa dua gambar Tun Dr. Siti Hasmah bertudung sangat cantik dan sesuai dengan usianya. Alhamdulillah kalau benar Tun sudah berhijrah termakbul doa aku selama ini.

gambar tun siti hasmah bertudung

gambar tun siti hasmah berhijab

Setelah mencari informasi daripada beberapa sumber akhirnya terjumpa blog politik Minaq Jinggo yang memaparkan lebih banyak gambar ketika Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah menghadiri satu majlis iftar di Taman Melati.

tun siti hasmah bertudung

Asamboi suka melihat semakin ramai wanita yang berhijrah semua semuanya akan istiqamah dan mendapar keredhaan ALLAH.

 

 

Kongsi pendapat anda