Tun M, Tun Dr Siti Hasmah, Datuk Seri Khairuddin keluar UMNO

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya. Selain Mahathir, turut meninggalkan Umno hari ini adalah isterinya,Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Tun M keluar umno 2016

“Ini kerana UMNO sebagai parti politik sudah tidak wujud lagi sebaliknya untuk kepentingan seorang individu saja. Bagaimanapun, saya sahkan tidak akan menubuhkan mana-mana parti baharu atau menyertai parti lain,” – Tun Mahathir

Ini adalah kali kedua beliau keluar dari parti yang diketuainya dari 1981 to 2003. Tun Dr Mahathir keluar dari UMNO buat pertama kalinya pada tahun 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Menurut Dr Mahathir tindakan beliau keluar parti pada ketika itu kerana tidak yakin dengan kepimpinan Abdullah.

Najib Mahathir

Kedudukan Najib kini dilihat semakin mencengkam dalam Umno dan kerajaan, terutamanya selepas peguam negara membersihkannya daripada sebarang salah laku dalam kes derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya dan SRC International.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat hampir senada dengan Mahathir, juga telah digantung daripada jawatannya minggu lalu.

Kongsi pendapat anda