Ulat Bulu Hitam Ganggu Kenduri Kahwin

Bukan ratusan malah ribuan..!! Itulah yang penulis boleh cakapkan.

Semalam, berlaku satu insiden yang tidak diingini berlaku di Kampung Kuala Kedah apabila ribuan ulat bulu hitam menyerang penduduk kampung.

1-ulat-bulu

Difahamkan, kira-kira 33 buah rumah penduduk Kampung Tepi Laut Tebengau, Kuala Kedah semuanya diserang ulat bulu berkenaan.

Kejadian yang pertama kali berlaku itu turut menjejaskan majlis perkahwinan anak salah seorang penduduk apabila para tetamu yang datang berada dalam ketakutan dan pulang lebih awal.

2-ulat-bulu

Sementara itu, Pegawai APM Kota Setar, Leftenan Mat Zain Baharom berkata, pihaknya ada menerima panggilan sekitar jam 9.40 pagi semalam oleh penduduk berhubung kejadian itu. “Kita mengambil tindakan dengan menebang pokok dan dahan-dahan yang dipenuhi serangga itu sebelum memusahkannya,” kata beliau.

Walaubagaimanapun, penulis tidak menolak insiden yang belaku ini disebabkan oleh musim penghijraha serangga tersebut atau musim mengawan.

Tetapi alhamdulillah buat masa ini tiada kes yang melibatkan penduduk kampung dilaporkan.

3-ulat-bulu 4-ulat-bulu 5-ulat-bulu

Kongsi pendapat anda