UMNO dapat telur kalau DUN Selangor bubar

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa rakyat Selangor akan bangkit mempertahankan negeri itu sekiranya DUN dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan.

Malah, ia akan menyebabkan Umno kehilangan semua kerusi, kata Zuraida dalam ucapan penggulungannya di kongres Wanita PKR di Shah Alam hari ini.

“Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor.

“Dan kalau nak pilihan raya negeri, Umno perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN).

“Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan Umno akan sifar di Selangor,” katanya dalam ucapan tersebut dengan penuh bersemangat.

gambar zuraidah pkr

Nota : Super yakin betul Ketua Wanita PKR sehingga tak sedar rakyat pun dah meluat dengan pergolakan politik yg segaja dibuat oleh PKR dari pemilihan DUN Kajang yg tak sepatut diadakan hinggalah pergolakkan MB Selangor. Sedar diri lah Kak Zuraidah bahawa Rakyat Selangor tidak sebodoh itu.

 

Kongsi pendapat anda