Umno Selangor terpaksa sokong ‘Langkah Khalid’?

Pakatan Rakyat semakin bercelaru dengan apa yang bakal terjadi terhadap kerusi menteri besar Selangor.

Skrip “Langkah Kajang” yang mula ditayangkan kepada seluruh negara pada akhir Februari sebelum pilihan raya kecil (PRK) Kajang berlangsung pada 28 Mac lalu, menyaksikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menyerahkan kerusi DUN berkenaan kepada isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum presiden PKR itu menang.

Jika benar skrip “langkah Kajang” yang diwar-warkan ditulis pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli bagi “membuang” Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, nampaknya ahli parlimen Pandan itu, terpaksalah mengarang lakon layar baru untuk filem cereka terbitan PKR berkenaan.

Menteri besar selangor

Walaupun PKR sudah mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor bagi menggantikan Khalid awal minggu ini, tetapi PAS dan DAP tidak memberikan laluan mudah untuk beliau menjadi MB wanita pertama di negara ini.

Secara tiba-tiba, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersuara Jumaat lalu dan beliau memilih untuk mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor selepas solat Jumaat, ayat yang tidak akan mungkin ditelan semula beliau untuk tidak menyokong Khalid selepas ini, bagi seseorang yang bergelar ulama.

Sebulan Aidilftri ini, akan menjadi detik penentu kepada Khalid sama ada beliau terus mampu bertahan sebagai MB Selangor hingga akhir penggal, berundur secara terhormat atau dibuang daripada kerajaan Selangor.

Sudah pasti bagi Khalid, beliau tidak takut berdepan dengan PKR termasuk Anwar atau DAP Selangor kerana MB Selangor ini, dikatakan mendapat sokongan kuat daripada istana dan yang lebih menghairankan beliau turut menerima sokongan kuat daripada Barisan Nasional (BN) Selangor iaitu Umno yang memegang 12 kerusi DUN di negeri itu.

Kongsi pendapat anda