Update Tragedi Tanjung Bungah

Update Tragedi Tanjung Bungah. Kesemua 11 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan perumahan di Lembah Permai telah dijumpai. Dua mayat terakhir seorang warga Bangladesh, Muhammad Monirul Islam dan warga tempatan Yuan Kouk Wern, 27, ditemui pagi ini.

Proses mengeluarkan mayat Muhammad Monirul tidak mengambil masa lama ekoran keadaan persekitaran yang mudah. Bagaimanapun proses mengeluarkan mayat terakhir yang juga rakyat tempatan mungkin mengambil sedikit masa kerana mangsa dihempap jeriji besi.
Mayat kesebelas (terakhir) yang merupakan rakyat tempatan baru sahaja dapat dikeluarkan.

Video : Sayu hati melihat para pekerja asing ini meratapi rakan dan saudara mereka yang telah pergi akibat kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah pagi tadi.
Mereka juga manusia seperti kita yang punyai perasaan dan hati.

sumber: Penang Kini, bernama

 

Kongsi pendapat anda