Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan di Astro First 1 Disember 2016

Astro kini mengumumkan kolaborasi bersama syarikat animasi terhebat di Malaysia, Les’ Copaque Production Sdn Bhd. dengan memperkenalkan sebuah saluran inovatif baru, “Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan” yang akan menemui penonton di saluran Astro First, Saluran 480 mulai 1 Disember 2016. Saluran ini akan bersiaran selama 24 jam sehari untuk satu tempoh yang ditetapkan. Sudah pasti ia akan menjadi hiburan anak-anak semasa cuti sekolah.

Siri Upin & Ipin akan dibahagikan kepada tiga segmen iaitu “Jejak Upin Ipin”, “Upin & Ipin Sahabat Selamanya” dan “Upin & Ipin Pejuang Hebat” yang memuatkan koleksi episod-episod kegemaran ramai.

upin-ipin-bersama-kawan-kawan-di-astro-first

Siri animasi “Pada Zaman Dahulu” juga akan turut diperkenalkan yang mana ia menampilkan kisah-kisah tauladan “Sang Kancil Yang Bijak” yang sarat dengan mesej-mesej positif untuk anak-anak yang menonton. Begitu juga “DaDuDiDo” yang berdurasi pendek yang turut diperkenalkan.

Apa yang menarik lagi, “Kembara Warisan Detektif Upin & Ipin”, sebuah siri berbentuk ‘game show’ yang belum pernah disiarkan di mana-mana stesen TV tempatan kini boleh ditonton secara eksklusif. Konsepnya adalah menggabungkan tiga aspek teknikal yang berbeza iaitu animasi 3D, ‘live action’ dan ‘motion graphic’.

kembara-warisan-detektif-upin-ipin

pelancaran-upin-ipin-astro-first

Saluran Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan akan mula bersiaran secara eksklusif di Astro First (saluran 480) mulai 1 Disember 2016. Hanya dengan RM15.90 (termasuk GST), pelanggan boleh mendapatkan akses untuk menonton saluran istimewa ini secara berterusan selama tiga hari atau 72 jam dari waktu pembelian.

Kongsi pendapat anda