Ustaz Kazim nafi viral pencabulan seksual 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial. Siasatan dalaman pihaknya turut mendapati tiada sebarang kejadian seperti yang didakwa.


Katanya Maahad Tahfiz Darul Barakah dilengkapi dengan kamera litar tertutup CCTV di setiap kawasan dan peluang untuk kejadian seumpana berlaku itu hampir tiada.

“Kita sendiri ada pemantau di kalangan pelajar yang kita pilih untuk melihat, memerhati. Respon daripada sekolah, tahfiz kita ini sejak 2009 sampai sekarang 2016 tidak ada kejadian yang macam itu. Kemudian kalau ada pelajar-pelajar yang katakan ia berlaku, dibawa keluar (buktikan). Saya rasa tidak ada pelajar yang sebegitu melainkan mungkin ada orang tidak puas hati,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya menjadi hak setiap individu untuk membuat laporan, namun beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Datuk Kazim pada masa sama turut mengingatkan netizen agar tidak memviralkan cerita berkenaan tanpa usul periksa kerana ia boleh menjejaskan pelajar itu sendiri

Kongsi pendapat anda