Vape Risiko Penyebab Strok

Sebuah kajian telah dibentangkan di Persidangan Strok Antarabangsa 2017 yang dianjurkan oleh Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association’s International Stroke Conference 2017) baru-baru ini.

tikus-mati

Kajian tersebut menunjukkan tikus-tikus yang terdedah kepada asap rokok elektrik (e rokok seperti vape) selama 10-30 hari mengalami tahap strok dan kerosakan saraf yang lebih teruk berbanding tikus yang terdedah kepada asap rokok tembakau.

e-rokok

Vape mengurangkan kadar keupayaan penyerapan glukosa yang diperlukan untuk bekalan tenaga yang diperlukan badan dan otak.
Ia juga berpotensi menyebabkan darah beku yang menyumbang kepada penyakit strok.

puntung-rokok

Walaupun vape dikenali sebagai alternatif yang diguna-pakai sebagai langkah untuk berhenti merokok, namun hasil kajian ini menunjukkan kesannya kepada kesihatan adalah sama bahaya, atau mungkin lebih teruk lagi berbanding rokok tembakau.

Kongsi pendapat anda