Video Konsert Akhir Gegar Vaganza 2015

Konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV 2) bakal berlangsung dan enam finalis akan berentap untuk merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

Pada konsert final GV2 Ahad ini, penonton dan peminat setia yang hadir menyaksikan siaran langsung GV2 di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), bakal disajikan persembahan ekslusif dan istimewa. Di samping tiket yang sudahpun sold out, peminat yang hadir diberikan barangan eksklusif Gegar Vaganza bernilai RM99.

Konsert akhir gegar vaganza 2015

Enam peserta mara ke peringkat akhir ialah Siti Nordiana, Farahdhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong dan Ezad.

Video Konsert Akhir Gegar Vaganza 2015

– Konsert Pembukaan
– Acong Sweetchild – Seruan
Haiza – Puisi Cinta
Nassier Wahab – Gelombang Cinta
Ezad Lazim – Nur Nilam Sari
Farahdhiya – Janji Manismu
Siti Nordiana – Putus Terpaksa

Battle Round Gegar Vaganza Final

Farahdhiya vs Nassier Wahab – Oh La La!
Ezad Lazim vs Haiza – Apa Khabar
Nana vs Acong – Awak Kat Mana

Persembahan Penutup – Zamani Slam
Lagu Konsert Akhir Gegar Vaganza 2015

Kesemua enam finalis diberi dua cabaran iaitu menyanyi secara solo dan battle sebelum di angkat sebagai juara GV2 serta membawa pulang RM100,000 , percutian bernilai RM30,000 dan sebuah single terbaru terbitan Astro.

Naib juara GV2 akan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi RM30,000 dan RM15,000.

Tiket Gegar Vaganza 2015 akhirDatuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim merupakan juri tetap program ini dan turut diserikan dengan personaliti popular yang cukup sinonim dengan genre komedi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos.

Jangan lupa saksikan siaran langsung GV2 yang dibawakan dari auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad ini yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Ria HD (123) bermula pukul 9 malam.

Keputusan Pemenang Gegar Vaganza 2015

Pertama – Siti Nordiana
Kedua – Farahdhiya
Ketiga – Ezad Lazim
Keempat – Nassier Wahab
Kelima – Acong Sweetchild
Keenam – Haiza

Persembahan Terbaik – Siti Nordiana

Kongsi pendapat anda