Video Kucing Cuba Gali Kubur ‘Tok Wan’ Raih 6 Juta Tontonan

Seorang pengguna Facebook, Soffuan CZ memuat naik beberapa keping gambar dan video yang diambil pada upacara pengebumian datuknya di sebuah masjid di Langkawi.

Namun apa yang menarik perhatian adalah seekor kucing yang dilihat cuba menggali kubur arwah datuknya yang dipanggil Tok Wan itu.

Tidak dapat dipastikan jika kucing berkenaan adalah peliharaan datuknya, namun dalam status yang dimuat naik, Soffuan menceritakan arwah seorang yang sangat menyayangi kucing semasa hayatnya.

Dalam video itu, dapat dilihat dengan jelas kucing berkenaan berusaha untuk menggali tanah pusara yang baru sahaja dikambus, biarpun dihalang.

Malah setelah cuba dibawa jauh dari kawasan kubur, kucing putih itu tetap tidak mahu berganjak.

Video berkenaan setakat ini sudah menerima lebih 3.3 juta tontonan dan lebih 44,000 perkongsian.

Sumber: Astro Awani
Sumber: Facebook Soffuan CZ

Assalamualaikum..Tok Wan saya (Ismail Bin Mat) telah selamat di kebumikn ditanah Pekuburan Masjid Kelibang..Ada…

Posted by Soffuan CZ on 17hb September 2017

Kongsi pendapat anda