Video Wartawan AS Dipancung Tersebar

Tersebarnya video yang menunjukkan seorang wartawan dibunuh dengan kejam oleh Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Video itu menunjukkan anggota Isis memancung Steven Joel Sotloff, wartawan warga Amerika Syarikat (AS). Sotloff, 31, merupakan menulis mengenai konflik di Timur Tengah untuk majalah Time dan penerbitan lain.Sotloff dilaporkan hilang pada Ogos 2013 di Syria.

Ini merupakan kejadian kedua yang dilaporkan media barat membabitkan dakwaan pembunuhan kejam oleh Isis terhadap wartawan.

Terdahulu pada 19 Ogos, media barat melaporkan Isis memancung seorang wartawan sambilan yang juga warga AS, James Wright Foley selepas dia dilaporkan hilang sejak November 2012 di Syria.

Kongsi pendapat anda