Wanita Koma Selepas 14 Jam Bersalin

Wanita Koma Selepas 14 Jam Bersalin..

Seorang wanita, Puan Suraya Ayob kini terlantar tidak sedarkan diri akibat koma sejak 2 bulan lalu, beliau tidak sedarkan diri selepas 14 jam melahirkan anak ketiga mereka dan mengalami komplikasi semasa bersalin.

Berikutan musibah yang menimpanya ini, suaminya yang berkerja mengambil upah memasang pendawaian kini berdepan dengan kos keperluan khas yang mencecah RM1000 sebulan.

Kos itu adalah untuk membeli susu formula anak bagi menggantikan susu ibu, susu khas untuk ibu, dan lampin pakai buang dewasa.

Mereka kini telah menerima bantuan daripada pihak dari Perkeso dalam bentuk peralatan khas seperti katil, mesin sedut kahak dan kerusi roda.

Pihak persatuan penduduk Taman Saujana juga telah tampil memberi sedikit bantuan dan akan disusuli oleh pihak Baitulmal.

Kepada tuan-tuan, puan-puan, Datuk Datin, Tan Sri Puan Sri yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, bolehlah hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Akaun:
AMBANK 8881 0158 9219 7 (Amran Mat Raji – Suami)
Tel: 011 2182 6285

Taman Saujana, Batu Gajah, Perak

Bersama-sama kita bantu saudara kita yang dalam kesusahan, hari ini hari mereka, mana tahu nanti hari kita pulak dibantu.

CC: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS
kredit : Siakap Keli

Kongsi pendapat anda