Waran Penjara untuk Anwar Ibrahim, Siapa Ketua Pembangkang yang Baru?

Perbicaraan yang cukup lama. Akhirnya bertemu titik noktah.

Hukuman penjara lima tahun atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan Mahkamah Persekutuan hari ini, menamatkan kerjayanya sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh.

Kekosongan kerusi Parlimen tersebut berlaku ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Keputusan Kes Anwar Ibrahim

Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu. Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu – Astro Awani

Waran Penjara Anwar Ibrahim

“Anda mempunyai peluang untuk membetulkan kesilapan tetapi anda pilih untuk terus berada di pihak yang gelap.” – kata-kata Anwar Ibrahim kepada Hakim-hakim yang mengadilinya.

Saya tahu bahawa keadilan sudahpun ditunaikan, maka secara profesional, saya puas hati dengan keputusan hari ini. Namun ia tidak memuaskan hati saya, kehidupan seorang anak muda kini hancur…,” Peguam Saiful Bukhari, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Khalid anwar ibrahim

Persoalan seterusnya, siapakah bakal Ketua Pembangkang yang akan menerajui Pakatan Rakyat?

Adakah Kak Wan?

atau….

Azmin Ali…

Kongsi pendapat anda