Wartawan Dikejar Anjing Cuit Hati Netizen

Seorang wartawan yang sedang membuat liputan dikejar anjing kini sedang hangat di’viralkan” kembali.

Video yang berdurasi selama 40 saat itu menyiarkan seorang wartawan media NTV7 sedang membuat liputan tidak sedar akan kehadiran dua ekor anjing yang datang dari belakangnya. .

1-wartawan-dikejar-anjing

Wartawan Mastura Malak berkata beliau yang terkejut lalu berlari untuk menyelamatkan diri. “Apa yang terjadi selepas itu, dua ekor anjing itu menjadi cuak dan lari lintang pukang sebab saya menjerit kuat sangat,” katanya. Hehe kuat betul suara beliau ya.

Beliau menjadi “bahan” bualan kerana menjerit “Mak” selama sebulan oleh rakan sepejabatnya.

Walaubagaimanapun kejadian itu tidak mengakibatkan apa-apa insiden. Anjing tersebut memang dikenali sebagai ‘anjing peramah’ oleh penduduk taman perumahan tersebut.

Dapat dilihat pada video itu anjing tersebut sedang bermain bersama pasangannya dan kebetulan mereka berlari ke arah wartawan tersebut. Hehe. Nasib baik semua selamat.

Pemilik anjing tersebut juga telah pun meminta maaf atas insiden ini. Beliau berjanji akan mengurung anjing peliharaannya.

Video yang dimuat naik oleh Sarah Abdullah Al Qudsi pada 24 September 2011 itu, dikongsi 800,000 pengguna di Facebook dan tersebar kembali di media sosial.

Penulis difahamkan Mastura tidak lagi bekerja sebagai wartawan NTV7. Beliau kini mempunyai perniagaan sendiri.

Penulis berharap agar semua berhati-hati ya selepas ini tidak kira anjing ke, kereta ke, lori ke. Sentiasa berwaspada.

Kongsi pendapat anda