Wayne Rooney Bakal Meninggalkan Manchester United?

rooney-dan-stretford

Paul Stretford, ejen pemain bola sepak Wayne Rooney, difahamkan berada di China sejak beberapa hari lalu.

Beliau sedang berbincang dengan Kelab Liga Super China mengenai tawaran bayaran sebanyak £1 juta seminggu kepada kapten pasukan Manchester United tersebut.

Keberadaan Stretford di China itu membuktikan Pengurus Pasukan Manchester United, Jose Mourinho bersedia untuk melepaskan Rooney.

rooney-dan-mourinho

Berikut merupakan komen daripada Mourinho,

“Apa yang saya boleh jamin ialah jika suatu hari nanti Wayne beredar, ia bukan kerana saya mahu dia meninggalkan kelab ini,

“Anda harus bertanya kepada dia (samada dia akan kekal bersama Manchester United atau tidak), bukan saya. Jawapan saya amat terbuka.

“Saya tidak mahu dia pergi.”

rooney

Masih tiada keputusan rasmi akan status pertukaran Wayne Rooney ke Kelab Tianjin Quanjin, China, sehinggalah tamatnya tempoh ‘transfer window‘ China (waktu untuk pemain bola sepak bertukar pasukan), iaitu pada 28 Februari ini.

Walaubagaimanapun, Fabio Cannavaro, Pengurus Kelab Tianjin Quanjin mengakui telah merisik Rooney.

Kongsi pendapat anda