Yammy Rela Dipecat Umno

KUALA LUMPUR: Yammy Samat rela dipecat Umno selepas menerima surat tunjuk sebab berhubung dakwaan beliau berkempen untuk anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

Beliau menyifatkan parti itu tidak begitu serius dalam mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan berkenaan. “Saya memang dah dapat surat tunjuk sebab daripada Umno tetapi itu cuma salinan.

Selepas tiga hari, saya masih belum terima salinan yang asal. “Tak kan saya hendak jawab pada surat yang hanya salinan untuk Umno Perak dan Ipoh? Mereka hendak saya jawab ke tak nak? Biarlah profesional.

“Kalau Umno hendak pecat saya ke apa, itu terpulang kepada parti dalam membuat keputusan,”katanya. Ditanya adakah beliau akan mengikuti jejak anaknya menyertai DAP sekiranya dipecat dari Umno, Yammy memberitahu, beliau hanya mengambil keputusan untuk bersara daripada terbabit dalam politik.

yammy dipecat UMNO

Yammy merupakan ibu kepada Dyana Sofya

Kongsi pendapat anda