Zarul Umbrella letak jawatan Pramugara MAS

Zarul Umbrella mengumumkan meletak jawatan sebagai pramugara Malaysia Airlines untuk memberi fokus kepada kerjaya dalam bidang nyanyian.

Zarul atau nama penuhnya, Zairulkefli Husin, nekad meninggalkan kerjaya tetap selepas 17 tahun bertugas di awan biru. Sudah lama beliau menimbangkan dilema sama ada ingin terus bekerja dengan Malaysia Airlines atau fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi.

Beliau memaklumkan bahawa dia sudah menghantar e-mel rasmi kepada pihak pengurusan Malaysia Airlines.

“Mereka ada menelefon bertanya mengenai keputusan saya untuk berhenti. Cuma saya belum sempat menandatangani surat rasmi lagi,”

Zarul mengakui beliau perlu bijak merencana hala tuju masa depan kerana melepaskan kerjaya tetap sebagai pramugara.

Zarul Umbrella memaklumkan beliau boleh kembali bekerja selepas dua tahun dengan MAS. Itu pun semua bergantung kepada keadaan dan masa depan. Sebelum ini, Zarul bercuti tanpa gaji untuk menyertai musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza (GV3).

Dalam perkembangan terkini, Zarul sedang sibuk mempromosikan single terbaharu yang berjudul Jangan Pernah.

Kongsi pendapat anda