Zed Zaidi Kekal Presiden Seniman

Pelakon Zed Zaidi berjaya kembali mendapat kepercayaan ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk menerajui kepimpinan sebagai presiden apabila mendapat 109 undian pada Mesyuarat Agong Tahunan Ke-14 persatuan itu.

Majlis berlangsung di Dataran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu.

Zed berjaya mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang hanya meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian).

Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) selepas meraih 103 undian menewaskan Sabri Fadil (30), Afdlin Shauki (71), Sofea Jane (32).

presiden seniman

Pelakon Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat manakala penolongnya disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran menyandang jawatan Bendahari.

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofea Jane, Jamaludin Mat, Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad, Rashidi Ishak.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.

AGM Seniman Ke-14 dikendalikan oleh Pengerusi Sementara iaitu Datuk Yusof Haslam dan Jurey Latiff Rosli sebagai pemerhati.

Ketika pemilihan sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit tegang apabila beberapa ahli mempertikaikan kredibiliti calon yang dipilih oleh ahli.

Bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dan pemilihan berlangsung dengan lancar.

Kira-kira lebih 1,000 ahli Seniman hadir pada mesyuarat AGM tersebut dan ini merupakan perjumpaan yang dihadiri ramai selebriti lama dan baru.

Antara selebriti yang hadir ialah Sofea Jane, Vanidah Imran, Erma Fatima, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Bront Palarae, Hans Isaac, Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramli.

Selain itu, Fauziah Nawi, Dira Abu Zahar, Nadia Nissa, Sherry Alhadad, Datuk Yusof Haslam, Azhan Rani, Remy Ishak dan Susan Lancaster turut hadir pada majlis itu.

Kongsi pendapat anda